fbpx

+6 03 7728 8789

sales@ticketrivia.com

Top
ejen tiket bas malaysia

Tambang bas naik 10 peratus bermula 22 Jun hingga 2 Julai

ejen tiket bas malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Kadar tambang bas ekspres akan mengalami kenaikan sebanyak 10 peratus berbanding harga biasa bagi perjalanan di seluruh negara bermula dari 22 Jun hingga 2 Julai ini.

Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kenaikan harga tiket bas tersebut bukan hanya bergantung kepada harga minyak semasa sebaliknya turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain berdasarkan ketetapan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Selain itu, beliau berkata, langkah itu juga bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres tidak tergendala selain dapat menampung kos operasi pengendalian yang kian meningkat menjelang sambutan Aidilfitri.

“Kita mengambil kira pelbagai faktor lain seperti kos penyelenggaraan, insurans serta penambahbaikan tahap pengendalian bas-bas tambahan bagi mengekalkan mutu perkhidmatan sekali gus menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang,

“Buat masa ini, jualan tiket amat rancak walaupun baru memasuki minggu kedua Ramadan hingga ada beberapa destinasi yang bilangan tiket semakin terhad.

“Oleh itu, semua pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk pulang ke kampung halaman diminta supaya segera mendapatkan tiket masing-masing dan tidak menunggu sehingga saat-saat akhir,” katanya yang dipetik akhbar tempatan.

Mengulas lanjut, Mohamad Ashfar memberitahu, pihaknya akan menyediakan perkhidmatan bas tambahan seperti tahun lepas sekiranya permintaan terhadap tiket bas sempena Aidilfitri tahun ini meningkat.

“Kami sedar masih ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk pulang ke kampung dan akan meneliti dahulu jualan tiket sedia ada sebelum membuat keputusan.

“Sekiranya permintaan masih tinggi, kami mungkin akan menyediakan beberapa buah bas tambahan setiap hari sepanjang musim perayaan ini bergantung kepada permintaan pengguna,” katanya.

KADAR ANGGARAN HARGA TAMBANG SELEPAS DINAIKKAN 10 PERATUS:

Kuala Lumpur – Johor Bahru: (Kadar terkini); RM30.00 – RM36.00  .

Harga maksimum selepas kenaikan; RM39.60

Kuala Lumpur – Alor Setar: (Kadar terkini); RM42.90 – RM50.00.

Harga maksimum selepas kenaikan; RM55

Kuala Lumpur – Kota Bharu: (Kadar terkini); RM40.00 – RM44.40.

Harga maksimum selepas kenaikan; RM48.40

The post Tambang bas naik 10 peratus bermula 22 Jun hingga 2 Julai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber