fbpx

+6 03 7728 8789

sales@ticketrivia.com

Top

Macam Mana Buat Duit Dengan Kerja Ni

Kalau nak jadi ejen tiket bas ni lah antara soalan yang bermain di fikiran.

1) Melalui Komisyen Jualan + Caj Transaksi

Pendapatan utama ejen tiket bas ni melalui komisyen jualan dan caj transaksi. Contoh kata anda berjaya jual 20 tiket bas berharga RM700 (RM35/tiket purata).

Komisyen yang diterima pula ialah 5% iaitu RM35. Manakala caj per transaksi ialah RM2.00 iaitu bersamaan RM40.

Sekarang ni, bayangkan anda jual 50 tiket bas berharga RM1,750 daripada 30 transaksi . Pendapatan anda untuk hari tersebut ialah RM147.50.

50 tiket bas bukan mustahil pun jika anda jual di kawasan ‘hotspot’. Tuan puan boleh buat. Ini bukan janji MLM. Bahkan ejen yang berjaya, jual 1,500-2,000 tiket bas sebulan.

2) Melalui sub ejen

Tuan puan boleh melantik sub ejen untuk menjual tiket bas. Komisyen untuk sub ejen tuan puan yang tentukan. Nisbah perkongsian komisyen ini boleh ditetapkan dalam Sistem Ticketrivia.

Skop Kerja Ejen Tiket Bas

Ejen tiket bas ni ada dua jenis skop kerja: Jualan tiket dan marketing.

1) Skop kerja dengan bakal penumpang:

  • Bina hubungan baik dengan bakal pelanggan.
  • Membuat semakan masa, jadual laluan, destinasi, kuantiti dan harga tiket.
  • Terima bayaran dan cetak boarding pass(tiket).
  • Boarding pass(tiket) boleh dihantar melalui email.

2) Skop kerja untuk marketing adalah seperti berikut:

  • Buat marketing tentang kewujudan anda dikawasan tersebut.
  • Bina jaringan dengan pelanggan untuk dapatkan “marketing mouth to mouth”.
  • Meletak banner/bunting dikawasan perniagaan anda.
  • Post di group komuniti dan kawasan dalam sosial media.

Syarat – syarat ejen tiket bas. Klik sini