fbpx

+6 03 7728 8789

sales@ticketrivia.com

Top
tbs - ejen tiket bas malaysia

Anda Plan Nak Balik Kampung Dengan Bas Ekspres? Ini 8 Tips Beli Tiket Bas Cara ‘Selamat’

tbs - ejen tiket bas malaysia

Dalam sedar tak sedar, lagi seminggu lebih je lagi bulan Ramadhan akan berahir. Cepat je rasanya kan? Bila hari raya dah dekat macam-macam persediaan kita akan buat. Contohnya beli baju raya, servis kereta sebab nak balik kampung, pergi bank tukar duit untuk bagi duit raya serta beli tiket bas untuk balik kampung terutama sekali bagi pelajar universiti atau yang masih bujang.

Tapi itu lah, kadang-kadang nak beli tiket bas ni selalunya habis cepat. Maklum lah, masa hari raya lah semua akan pulang untuk jumpa ibu ayah, lepak dengan saudara terdekat. Fuhh.. Seronoknya rasa. Untuk itu, kami akan berkongsi bagaimana untuk dapatkan tiket bas dengan mudah.

 

TIPS BELI TIKET BAS

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk paraperantauan yang menggunakanbas ekspres untuk pulang ke kampong halaman. Terutamanya untuk pelajar asrama & IPT yang berjauhan dari kampung halaman.

  1. Rancang tarikh & waktu perjalanan anda. Catat butir maklumat anda pada sehelai kertas & bawa bersama ketika membuat tempahan tiket.

tbs - ejen tiket bas malaysia

2. Tempah tiket awal-awal. Bagi memudahkan urusan menempah tiket bas, anda boleh mencuba platform Eticketing.my atau melalui ejen-ejen TickeTrivia yang berdaftar. Cukup mudah.

3. Jangan beli tiket daripada ulat tiket. Ulat tiket ialah orang yang menjual tiket palsu. Mereka tak duduk di kaunter tiket, tapi mencari pelanggan di luar stesen bas. Janganbeli tiket selain dari kaunter tiket atau secara online.

4. Jika ada kanak-kanak bersama anda, pastikan anda maklumkan kepada petugas tiket bas. Anda pasti tidak mahu membeli tiket untuk kanak-kanak dengan harga dewasa

5. Pastikan harga dahalu sebelum cakap “okay”. Jangan sampai tiket sudah print out, baru tanya harga. Ada kemungkinan anda lari bajet. Jadi, pastikan harga sebelum anda bersetuju dengan tiket anda.

6. Pastikan anda simpan tiket anda seeloknya, jangan sampai hilang atau lupa di mana anda letak. Dan pastikan tiket ada bersama anda sebelum anda bergerak ke stesen bas atau perhentian bas.

7. Tiba di terminal bas sekurang-kurangnya 30 – 15 minit awal sebelum masa berlepas. Jangkakan kemungkinan anda tersangkut dalam perjalanan ke stesen bas. Maklumlah, raya dah semakin dekat & jalan pun sudah mula sesak.

8. Sentiasa pastikan bagasi anda dikunci & sentiasa awasi barangan anda. Jangan lupa, tandakan bagasi anda dengan penanda yang anda boleh cam. Bimbang nanti tertukar bagasi dengan penumpang lain.

Kongsikan di wall anda agar ramai mendapat manfaat daripadatulisan kali ini.

 

Sumber