fbpx

+6 03 7728 8789

sales@ticketrivia.com

Top
tiket bus hari raya

20,000 Tiket Bas Ekspres Sudah Terjual

tiket bus hari raya SEMAKIN dekat Hari Raya Aidilfitri, suasana TBS di Kuala Lumpur kian sesak dengan orang ramai yang membeli tiket bas lebih awal untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

KUALA LUMPUR 13 Jun 2016 – Sebanyak 20,000 keping tiket bas eks­pres sempena perayaan Aidilfitri di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) telah terjual sehingga kini dengan kebanyakannya untuk perjalanan ke Pantai Timur dan utara tanah air.

Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak 16,000 keping tiket bas untuk perjalanan sehari sepanjang musim perayaan bermula dari 1 hingga 10 Julai nanti.

Katanya, TBS menyediakan sehingga 900 buah bas setiap ha­ri dengan hampir 1,900 perjalanan ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk tempoh tersebut.

“Buat masa ini jualan tiket amat menggalakkan hingga ada antara destinasi yang bilangan tiket semakin terhad dan hanya tinggal untuk perjalanan waktu malam.

“Oleh itu, saya menyeru ke­pa­da semua pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk pulang ke kampung halaman supaya segera mendapatkan tiket masing-ma­sing sebelum tiket bas habis terjual,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Faizal Redza lagi, TBS membuka 55 kaunter jualan tiket 24 jam sehari untuk keselesaan orang ramai membeli tiket bas eks­pres ke destinasi pilihan mereka.

Dalam pada itu, Faizal Redza berkata, pihaknya akan menyediakan perkhidmatan bas tambahan sekiranya permintaan terhadap tiket bas sempena Aidilfitri tahun ini meningkat.

“Kami sedar masih ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk pulang ke kampung dan akan meneliti dahulu jualan tiket sedia ada sebelum membuat keputusan.

“Sekiranya permintaan masih tinggi, kami mungkin akan menyediakan 20 hingga 30 buah bas tambahan setiap hari sepanjang musim raya ini,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/20-000-tiket-bas-ekspres-sudah-terjual-1.342216#ixzz4jUUtQDOa
© Utusan Melayu (M) Bhd