fbpx

+6 03 7728 8789

sales@ticketrivia.com

Top
kuala lumpur - ejen tiket bas malaysia

10 Lokasi Percutian Bajet Bawah RM500

Bercuti bersama keluarga adalah antara perkara paling menarik dan bermakna untuk dilakukan. Sempena cuti sekolah ini, bawa keluarga anda pergi melancong dan rakamkan memori indah bersama keluarga tercinta. Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai bajet yang banyak kerana anda sekeluarga boleh pergi bercuti dengan bajet minimum RM500 di lokasi-lokasi ini

Jelita senaraikan 10 destinasi bajet serendah RM500 yang boleh anda kunjungi sempena cuti sekolah ini.

*bajet hanyalah anggaran kasar minima pengangkutan serta penginapan dan tidak termasuk belanja sampingan yang berbeza mengikut aktiviti atau pilihan peribadi pengunjung

 

kuala lumpur - ejen tiket bas malaysia

Kuala Lumpur

Ibu negara Malaysia ini menawarkan pelbagai tawaran produk pelancongan yang menarik di sekitarnya. Anda juga boleh ke Kuala Lumpur dengan mudah sama ada melalui laluan penerbangan dan keretapi sekiranya anda dari Singapura atau Thailand.

Penginapan

Kuala Lumpur menyediakan banyak hotel bajet atau hotel butik dengan kos hanya RM100 untuk semalam (atau RM50 semalam di Tune Hotel). Di Kuala Lumpur juga terdapat banyak kemudahan LRT atau pengangkutan awam yang memudahkan anda untuk ke lokasi tumpuan seperti KLCC, Bukit Bintang, Tugu Negara, Muzium Negara, Taman Burung, Jalan TAR dan pelbagai pusat beli belah di tengah bandar.

Makanan

Tidak susah untuk mencari makanan di bandaraya sama ada makanan tempatan atau di restoran popular warga kota mahupun pengunjung luar, ada banyak restoran ‘mamak’ yang beroperasi 24 jam. Jika bajet terhad, lebih mudah untuk anda sekeluarga ke food court supaya semua dalam keluarga dapat melayan selera masing-masing. Antara food court yang punyai pilihan hebat adalah di Suria KLCC, Pavilion dan kebanyakan pusat beli belah. Sekiranya berkesempatan ke pasar malam sekitar ibu kota tentunya bangkit selera anda untuk mencuba hidangan dari pelbagai negeri mahupun fusion.

 

Krabi

Krabi sememangnya mempunyai tarikan yang unik antaranya tarikan pantai, laut dan pemandangan di sekitar pulau-pulau di Krabi. Krabi terletak di Laut Andaman dan sekaligus menjadikannya antara destinasi popular di Thailand. Anda boleh ke Krabi dengan penerbangan Air Asia atau Bangkok Airways, harga tiket yang berpatutan boleh cecah serendah RM230 atau lebih rendah jika ditempah pada waktu promosi.

Penginapan

Krabi juga menawarkan banyak penginapan bajet namun anda harus memilih yang sesuai untuk seluruh keluarga. Ada banyak bilik dorm serendah RM20 bagi setiap malam atau terdapat juga bilik berharga RM100 dengan kondisi yang sangat selesa. Kini lebih mudah dengan portal pencarian penginapan melalui Trivago, Agoda atau Airbnb.

Makanan

Krabi juga turut menawarkan menu makanan halal bagi yang beragama Islam. Ia dijual disekitar pantai dan lokasi tarikan utama pelancong. Makanan ‘street food’ adalah antara yang popular di Krabi dan ia memang murah dan sedap. Namun amalkan sikap keprihatinan dan sentiasa bertanya mengenai bahan yang dijual ya.

 

kota kinabalu - ejen tiket bas malaysia

Kota Kinabalu

Kota Kinabalu cukup popular di kalangan pengunjung serata Asia seperti China, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan kerana ia antara destinasi berdekatan yang punyai kombo keindahan laut, darat hinggalah puncak tertinggi Asia, Gunung Kinabalu. Jadi warga Malaysia sendiri harus turut sama nikmati kehebatan Negeri Di Bawah Bayu ini.

Penginapan

Di sekitar Kota Kinabalu, ada banyak hotel yang menyediakan pakej penginapan serendah RM50 semalam termasuk di Tune Hotel. Sekiranya anda memandu (jangan lupa masukkan sewa kereta ya) sehingga ke Taman Negara Kinabalu, anda boleh menginap di Homestay dan juga resort bajet dengan kos yang hampir sama bagi anda yang melancong bersama rakan-rakan, anda boleh berkongsi kos bersama.

Makanan

Mewah dengan sumber laut serta kawasan pergunungan yang subur menjadikan menu sajian di Kota Kinabalu amat mengagumkan. Kebanyakan menu makanan laut adalah berpatutan serta amat segar. Pilihan seafood menarik di sekitar Kota Kinabalu Waterfront atau anda juga boleh cuba merasai sup sayur hasil dari kawasan pertanian sayur-sayuran di Kundasang.

 

ejen tike bas malaysia

Ho Chi Minh, Vietnam

Dikenali sebagai bandar Saigon dan juga ibu negara Vietnam, Ho Chi Minh terkenal dengan tarikan sejarah perang dan menjadi tumpuan untuk membeli-belah di Vietnam. Antara tarikan utama di Ho Chi Minh ialah Ben Thanh Market (duit shopping perlu anda asingkan ya), Chu Chi Tunnel, War Museum dan banyak lagi.

Penginapan

Terdapat banyak butik hotel di Ho Chi Minh dan anda boleh dapatkan harga pakej sekitar RM60 semalam untuk hotel yang bertaraf 2 atau 3 bintang. Walaupun tidak wajib tetapi digalakkan untuk menempah hotel untuk memilih lokasi yang bersesuaian dan berpatutan untuk anda berjimat.

Makanan

Kini anda tidak perlu khuatir soal makanan di Ho Chi Minh kerana ia mempunyai banyak restoran halal yang dijalankan oleh warga Vietnam Muslim. Anda juga tidak perlu risau dengan harga makanan kerana ia murah yang menyajikan selera konsep sup dan bersayur.

 

koh samui - ejen tiket bas malaysia

Koh Samui, Thailand

 
hatyai - ejen tiket bas malaysia

Hatyai, Thailand

Kota metropolitan dan jiran Malaysia ini antara lokasi wajib anda singgah. Memang nilai mata wang Singapura lebih tinggi dua kali ganda dari ringgit namun masih ada cara melancong ke Singapura dengan kos di bawah Rm500. Dengan kemudahan pengangkutan awam yang efisen bas dan MRT adalah pilihan terbaik untuk ke serata pelusuk Singapura.

Penginapan

Cara jimat ketika melancong ke Singapura ialah dengan menginap di hotel di sekitar Johor Bahru dan menaiki bas ke Singapura dan pulang pada sebelah malam. Tune Hotel di Danga Bay menawarkan harga RM40 semalam dan kos menaiki bas ke Singapura pergi dan balik pula kurang RM20 jika anda menaiki bas henti-henti di terminal bas Larkin.

Makanan

Warga Melayu di Kota Singa menjalankan perniagaan restoran makanan sekitar Arab Street dan kebanyakannya bertempat di kawasan Geylang. Cuma kos makanannya hampir dua kali ganda mahal berbanding di Malaysia, jadi anda perlu pastikan anda berjimat ketika memilih makanan di sana.

pulai pinang - ejen tiket bas malaysia

Pulau Pinang, Malaysia

Ia merupakan kota terbesar di Sumatera selepas Jakarta, Surabaya dan Bandung. Medan adalah antara lokasi pilihan pengunjung dari Malaysia khususnya buat anda yang gemar membeli-belah selain menyaksikan keindahan tasik Danau Toba yang terkenal.

Penginapan

Jika anda mahukan keselesaan, resort dan hotel di Medan ada menyediakan pakej berpatutan dengan harga sekitar RM100 semalam. Anda juga boleh menginap di hotel 2 bintang ke bawah dengan harga yang lebih murah namun kebiasaannya ramai yang menginap di hotel luar bandar kerana ingin menikmati keindahan kawasan hijau dan jauh dari kesibukan kota.

Makanan

Makanan di Medan ini banyak terpengaruh dengan masakan dari Padang. Jadi, ia sudah menjadi kebiasaan buat sesetengah rakyat Malaysia terutama sekali bagi orang Negeri Sembilan. Harga makanan juga murah dan anda boleh menikmati makanan yang enak dengan harga yang anda mampu.

padang - ejen tiket bas malaysia

Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia

Ejen pelancongan biasanya akan menawarkan pakej menarik jika anda ingin ke Padang dan Bukittinggi, Indonesia. Pakej ini biasanya akan digabungkan untuk kemudahan para pelancong dalam pakej 4 hari 3 malam. Sekiranya anda mengambil pakej 3 hari 2 malam, anda cuma akan dapat melawat Padang sahaja. Terdapat banyak tarikan yang boleh anda lihat termasuk beberapa tinggalan kesan gegaran Gempa Bumi di Padang pada tahun 2009, Rumah Minangkabau dan banyak lagi.

Penginapan

Padang masih lagi tersenarai sebagai pusat pelancongan yang berpatutan dan berbaloi untuk anda lawati. Di sini juga terdapat banyak hotel murah untuk anda pilih serendah RM60 untuk semalam.

Makanan

Menu masakan di Padang adalah antara yang menyelerakan buat anda yang suka selera pedas yang cenderung umpama selera di Negeri Sembilan. Menu makanan mereka adalah hampir sama tetapi lebih banyak dan pelbagai.

Sumber