+6 03 7728 8789

sales@ticketrivia.com

Top

Soalan – Soalan Lazim

FAQ Ticketrivia

Berikut merupakan syarat terbaru hasil dari perbincangan dengan pihak atasan:
  1. SSM
  2. Jarak perniagaan anda mesti lebih 5km dari terminal.
  3. Memiliki komputer, pencetak dan sambungan internet.
  4. Anda tidak diisytihar bankrupsi
Komisyen adalah seperti berikut:
  • 5% daripada harga per tiket
  • RM2.00 per transaksi
Tuan juga boleh melantik sub-ejen dan pecahan komisyen boleh di set dalam sistem oleh tuan sendiri.
Contoh harga tiket Rm45. Komisyen yang diterima 5% bersamaan Rm2.25 manakala caj transaksi ialah RM2.00. Total keuntungan yang anda terima ialah Rm4.25 per tiket.
  1. Pendaftaran Ejen: RM50.00 (Sekali sahaja)
  2. Lesen sistem: RM25/bulan (ditolak dari topup)
  3. Top up: RM50 (Dimasukkan dalam akaun ejen)
*anda tidak perlu membayar kos bulanan pada tahun seterusnya jika jualan tahunan mencecah RM30,000
Sistem Ejen Ticketrivia boleh diakses melalui web browser (Google Chrome) Tuan/puan perlu topup ke dalam akaun sistem jualan tiket milik tuan/puan. Sekiranya transaksi jualan tersebut berjaya, kredit topup akan ditolak mengikut harga tiket. Secara asasnya berikut ialah cara menjual tiket menggunakan Sistem Ticketrivia:
  1. Login ke dalam Sistem Ejen Ticketrivia
  2. Pilih tarikh, masa, dari & destinasi perjalanan
  3. Pilih tempat duduk
  4. Isi maklumat penumpang (Nama, IC, No. telefon)
  5. Print/Email tiket & serahkan pada penumpang
Anda memerlukan beberapa perkakasan komputer:
  1. Komputer/Laptop
  2. Printer
  3. Sambungan internet
Jualan di kaunter terminal bas dan ejen adalah merujuk kepada satu sistem yang sama. Sekiranya tempat duduk tersebut telah terjual, maka ianya tidak boleh dibeli oleh orang lain. Oleh yang demikian, setelah pembelian dibuat, Ejen Ticketrivia perlu pastikan bahawa pelanggan mereka mendapat 'Boarding Pass'. 'Boarding Pass' ini akan dibawa oleh penumpang ke kaunter, 15 minit sebelum waktu perjalanan. Ejen Ticketrivia perlu mencetak menggunakan kertas A4.
Harga tiket bas adalah sama. Namun caj transaksi akan dikenakan kepada pelanggan untuk setiap kali transaksi pembelian tiket ini berlaku.
Boleh, selepas anda mendaftar sebagai ejen Ticketrivia, anda akan diberikan manual untuk mendaftar dan menetapkan komisen untuk sub ejen anda.
Ya, kami menyediakan latihan praktikal di pejabat kami.